Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) Program Asasi Pertahanan Dan Program Diploma Sesi Akademik 2022/2023 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah berlangsung dari 1 hingga 5 Ogos 2022. Seramai 612 pelajar baharu telah melapor ke UPNM dan mereka akan ditempatkan dalam dua program iaitu 491 pelajar dalam Program Asasi Pertahanan dan 121 pelajar dalam Program Diploma.

 

 

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar baharu mengenai sistem pembelajaran di universiti, kehidupan dan transfomasi penyesuaian diri dalam alam baru di kampus. Sepanjang program berlangsung, pelajar-pelajar yang dibimbing oleh para fasilitator telah menjalani beberapa aktiviti termasuklah majlis suaikenal, icebreaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Tour@UPNM dan latihan jasmani. Beberapa ceramah dan taklimat juga diberikan sebagai informasi kepada pelajar.

 

Majlis perasmian MPJD telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM pada 4 Ogos 2022 bertempat di Dewan Tun Templer. Dalam ucapannya, NC menekankan setiap pelajar baharu seharusnya menghayati moto UPNM iaitu “Kewajipan, Maruah, Integriti” yang boleh membentuk sahsiah diri yang hebat dalam menuju kejayaan. Beliau menambah sikap saling membantu antara satu sama lagi haruslah diterapkan agar kejayaan dapat dikongsi bersama. Dalam majlis perasmian itu, para pelajar turut melafaz ikrar MPJD yang diketuai oleh Muhammad Anas bin Ishak.

 

Turut hadir adalah barisan Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK, Pengarah dan Dekan FPJB, Pegawai-pegawai Kanan UPNM dan Majlis Perwakilan Pelajar.

 

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/hyVx_kMfgXg

  Mega288