Pada 6 Okt 2022 (Khamis), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan hormat dari Kedutaan Qatar yang diketuai oleh Brig Jen Jassim Mohamed Al-Kuwari, Penasihat Pertahanan dan Mej Ali Nasser Al-Fadala, Penolong Penasihat Pertahanan. Kedua-dua pegawai ini telah disambut oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM dan Pengurusan Tertinggi UPNM di Bilik Singgahsana UPNM.

 

 

Perbincangan lanjut dua hala di antara UPNM dan Qatar University telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Senat dengan memfokuskan kolaborasi dalam kluster pendidikan, penyelidikan, program mobiliti pelajar dan staf serta penawaran program pasca siswazah di UPNM. Pertukaran pandangan juga melibatkan penerokaan bidang-bidang baharu yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua buah universiti ini pada masa hadapan.

Terdahulu Perjanjian Persefahaman antara UPNM-Qatar University telah dimeteri pada 16 Oktober 2017 bagi tempoh lima tahun.