YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM sebagai Pengerusi Bersama telah melaksanakan mesyuarat berkala Jawatankuasa Pemandu Sesi Pertama bagi tahun 2022  di antara UPNM dan Naval Group France bertempat di Graduate School and Research Center in Digital Sciences (EURECOM) iaitu program di bawah Industrial Collaboration Programme (ICP/Offset) - kerjasama offset di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Naval Group France pada 16 dan 17 Oktober 2022. Mesyuarat  adalah di bawah tajaan EURECOM.

 

 

Semasa kunjungan ke EURECOM, Naib Canselor dan delegasi berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama kakitangan UPNM yang juga merupakan pelajar EURECOM, Nice.

 

 

Sebelum itu, Naib Canselor dan delegasi telah menghadiri makan malam rasmi yang telah dihoskan oleh EURECOM.

 

 

         #UPNMSharing
         #UPNMPrihatin
         #SayangiUPNMKita
         #KitaJagaKita
         #MenangBersama
         #KeluargaMalaysia