Pada 22 Disember 2022 dan bertempat di Dewan Lestari Aras 4, Bangunan Lestari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bilangan 7 Tahun 2022.

Dalam ucapan aluan, YBhg Prof. Dr. Azizi bin Miskon, TNC Penyelidikan dan Inovasi mewakili Naib Canselor UPNM mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyurat dan menzahirkan ucapan terima kasih di atas pemilihan UPNM sebagai penganjur MTPK pada kali ini.

 

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi. Mesyuarat MTPK yang diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan dan infrastruktur di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan semua agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Ini berpaksikan kepada visi Bahagian Pembangunan KPT iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi melalui penyediaan kemudahan infrastruktur yang selesa dan kondusif.

Para ahli mesyuarat juga diberi taklimat mengenai beberapa projek pembangunan di UPNM termasuklah Projek Kompleks Penyelidikan, Projek Pembinaan Masjid UPNM dan Projek Dewan Agong Tuanku Canselor. Sementara itu di Lapang Sasar Air Rifle10 Meter UPNM, para ahli mesyuarat telah mengambil bahagian dalam acara menembak.

Turut hadir adalah YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Sapuan, TKSU (Dasar), YBhg Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Naib-naib Canselor Universiti Awam, Pegawai-pegawai Kanan dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Air dan Saliran.

 

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/uNaM9kmiGDo