Pada 12 Jan 2023 bertempat di Marriot Hotel Putrajaya, Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan International Committee of the Red Cross (ICRC) telah menganjurkan 50th Anniversary of ICRC in Malaysia dan 5th Anniversary of CoMIHL dengan mengangkat tema “Upholding Law of Armed Conflict: Celebrating Humanitarian Presence in Malaysia”.
 
Program berprestij ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
 
 
Keynote Address telah disampaikan oleh Encik Omar Odeh, Head of Regional Delegation ICRC dan ucapan penutup oleh Prof Ts. Dr. Azizi bin Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM. Majlis Penutup Kursus dan penyampaian sijil 5th Law of Armed Conflict at Sea telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Seramai 27 orang penuntut kursus dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Papua New Guinea, Bangladesh dan Thailand menghadiri kursus ini.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh pihak-pihak yang telah banyak menjalinkan hubungan kerjasama dan sokongan kepada CoMIHL sejak penubuhannya antaranya ATM, PDRM, APMM, PBSM dan DA dari pelbagai negara.