11 Mei 2023 (Khamis) - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima kunjungan lawatan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi. Lawatan julung  kalinya YB Menteri Pendidikan Tinggi disambut oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah dan diserikan dengan persembahan Tarian Perang (War Dance) oleh para mahasiswa UPNM.

YB Menteri Pendidikan Tinggi diberi taklimat di Bilik Mesyuarat Senat berkenaan  UPNM yang merangkumi organisasi, peranan, pengurusan akademik dan mahasiswa, penyelidikan dan inovasi, kerjasama strategik universiti, pencapaian, projeksi hala tuju UPNM dan isu-isu semasa. Kemudian beliau meluangkan masa untuk melihat ruang pameran penyelidikan dan inovasi UPNM.

 

 

Lawatan YB Menteri Pendidikan Tinggi diakhiri dengan penyampaian sumbangan komputer riba kepada 10 orang pelajar dan bantuan dermasiswa bernilai RM1,000.00 kepada 10 orang pelajar.

Turut hadir sama termasuklah YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UPNM, YBhg Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian (TKSU KPT Dasar) dan YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff (TKSU KPT PP) dan Pengurusan Tertinggi UPNM.

 

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/sEOxBlp2cdE