10 Mei 2023 (Rabu) – Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023M/ 1444H yang dilangsungkan di Dewan Zulfaqar, Bangunan Tuah telah disambut dengan penuh kemeriahan dan warna warni. Deretan gerai yang memperagakan pelbagai jenis juadah kuih muih dan masakan tradisional seperti lemang, rendang, sate serta kerlipan lampu yang menghiasi pentas utama dan dekorasi pancutan air menyerikan lagi suasana sambutan.

 

 

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dari artis undangan dan staf UPNM. Walau bagaimanapun persembahan dari Pengurusan Tertinggi UPNM yang diketuai oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM turut mencuri perhatian ramai.

Di dalam majlis juga diumumkan pemenang Pertandingan Dekorasi Hari Raya Aidilfitri 1444H UPNM yang diungguli oleh Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan (FPPP), diikuti tempat kedua oleh Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan (FSTP) dan tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).

 

 

Di dalam ucapan, YBhg Naib Canselor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan sambutan hari raya dan mengharapkan semoga ikatan ukhwah terus dipereratkan.

Turut hadir sama memeriahkan YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Tertinggi UPNM, Pegawai-pegawai Kanan UPNM, dif-dif dan tetamu kehormat, staf dan para pelajar UPNM.

 

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/uyAtxhLfCfQ