15 Mei 2023 (Isnin) – Buat julung kalinya, YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima Medan Timur Tentera Darat telah membuat lawatan kerja ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Beliau menerima tabik hormat dari anggota kawalan suku sebaik tiba di perkarangan Bangunan Canselori dan sejurus itu YBhg Panglima Medan Timur TD membuat pemeriksaan ke atas anggota.

 

 

Beliau yang disambut oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM kemudiannya diperkenalkan dengan barisan Pengurusan Tertinggi UPNM. Usai menandatangani Buku Pelawat, Panglima Medan Timur TD dibawa ke Bilik Singgahsana dan diberi taklimat ringkas.

Sebelum beredar meninggalkan UPNM, beliau sempat meluangkan masa di ruang legar sambil diberi walking brief berkenaan potret-potret kejayaan dan pencapaian UPNM serta kepimpinan barisan Lembaga Pengarah UPNM.

 

 

Turut hadir semasa lawatan kerja termasuklah barisan Pengurusan Tertinggi UPNM dan Pegawai-pegawai Kanan UPNM.

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/wZtJNfD2IDU