22 Mei 2022 (Isnin) – Pameran Langkawi International Maritime And Aerospace 2023 (LIMA’23) Ke-16 yang berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah membuka tirainya pada 23 Mei 2023 dan berakhir pada 27 Mei 2023. Pada kali ini Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil bahagian dengan menampilkan aktiviti iaitu Pameran Produk Penyelidikan, Pameran Promosi Program Akademik, Demontrasi Taktikal Projek Smart Sailor System dan Majlis Menandatangai LOI/ NDA/ MoU/ MoA dengan rakan strategik.

 

 

YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM bersama Pengurusan Tertinggi telah meluangkan masa bagi meninjau persiapan akhir UPNM di dua lokasi iaitu Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dan Resort World Langkawi, Porto Malai. YBhg Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi turut turun padang ke booth UPNM bagi memastikan persiapan dilaksanakan dengan baik dan sempurna.