24 Mei 2023 (Rabu) – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi sempat meluangkan masa di booth Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA ’23).

 

 

Kunjungan YB Menteri dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan Tinggi disambut oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Beliau kemudiannya diperkenalkan dengan produk-produk penyelidikan UPNM dan diberi taklimat dan oleh Prof. Ts. Dr. Azizi Hj Miskon, TNC (Penyelidikan dan Inovasi).

Turut hadir semasa lawatan termasuklah YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg Dato’ Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan Pengurusan Tertinggi UPNM.