UPNM – Kunjungan Alumni ATMA/UPNM ke Seksyen Alumni, Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni telah membuka ruang untuk alumni kembali menabur bakti untuk membantu UPNM menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Kehadiran LT CDR Mohd Faizal bin Aziz RMN (RTD), Vice President dan LT Khairulukman bin Sagi RMN (RTD), Program Manager dari industri Kemalak Systems SDN BHD telah menawarkan peluang kerjaya kepada pelajar UPNM khususnya kepada pelajar awam tahun akhir dan alumni UPNM yang masih mencari kerja.

Tawaran kerjaya kepada pelajar UPNM ini mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan pelajar. Selain itu, peranan Alumni ATMA/UPNM dalam menyumbang kembali kepada UPNM amat dihargai dan mampu mengukuhkan hubungan UPNM dan industri. Penghargaan kepada Kapt Prof. Madya Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara) atas perhubungan bersama Alumni ATMA/UPNM dan Seksyen Alumni UPNM.