25 Julai 2023 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada hari ini mengadakan Majlis Perasmian dan Bacaan Ikrar Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD).

Program ini dikhususkan kepada para pelajar baharu yang mengikuti Program Asasi Pertahanan dan Diploma bagi Sesi Akademik 2023/2024 telah bermula pada 23 Julai sehingga 28 Julai 2023, bertempat di Dewan Zulfaqar, UPNM.

 

 

Pendaftaran pelajar baharu program pengajian asasi dan diploma sesi 2023/2024 telah diadakan pada 23 Julai 2023 bertempat di Kampus UPNM. Seramai 611 orang pelajar baharu telah mendaftar secara rasmi terdiri daripada 503 orang pelajar mengikuti  Program Pengajian Asasi manakala 108 orang pelajar merupakan pelajar Diploma. Pecahan mendaftar mengikut jantina adalah 505 orang lelaki dan 106 perempuan.

Majlis perasmian MPJD disempurnakan oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Dalam ucapannya beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar ke UPNM dan menasihati mereka agar mendokong tiga aspek utama iaitu mematuhi peraturan universiti, melaksanakan amanah dan tanggungjawab berpaksikan kemuliaan akhlak dan komited dengan program dan aktiviti universiti.

Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK, para pensyarah dan pegawai-pegawai Kanan UPNM.

 

Lihat Video Pendek Di Sini: TEKAN SINI