31 Julai 2023 - Majlis koktail ARF telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.Pada tahun ini Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan tuan rumah untuk penganjuran 25th ASEAN Regional Forum Heads of Defence Universities/ Colleges/ Institutions Meeting (ARF HDUCIM), 2023. ARF akan berlangsung bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2023 di hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Majlis Koktail telah dirasmikan oleh Lt Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad,Naib Canselor UPNM. Naib Canselor UPNM telah memberikan ucapan pembukaan dalam menyambut ketibaan deligasi-deligasi yang hadir untuk program ini. Majlis turut dihadiri oleh Dato' Ts.Dr.Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi Timbalan Naib Canselor (Akademik ) Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa dan pengurusan tertinggi UPNM.
 
 
 
Sebanyak 27 negara keanggotaan akan menghadiri forum berprestij ini yang membincangkan isu-isu keamanan dan keselamatan dalam kalangan institusi ketenteraan di wilayah Asia Pasifik. Tema ARF HDUCIM, 2023 ialah “Defence Education Diplomacy for Sustainable Peace and Security”