10 Ogos 2023 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-53 Bilangan 3 Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori dan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM.

Di dalam ucapan pembukaan, YBhg Pengerusi LPU mengalu-alukan kehadiran YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan YBhg Brig Jen Idris bin A. Wahab TUDM, Komandan Akademik Latihan Ketenteraan (ALK). Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, mantan Naib Canselor UPNM dan YBhg Mej Jen Dato’ Hj Saadon bin Hasnan TUDM, mantan Komandan ALK.

 

 

YBhg Naib Canselor UPNM telah melaporkan pencapaian prestasi UPNM, program-program universiti yang telah dilaksanakan dan akan datang serta penglibatan staf dan pelajar dalam aktiviti bagi tempoh Julai hingga Ogos 2023.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan bagi mendapatkan keputusan terbaik dan kelulusan daripada ahli mesyuarat LPU. Projeksi program yang telah mendapat persetujuan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan demi pembangunan dan kemajuan UPNM dalam mengorak langkah ke mercu kecemerlangan.

Turut hadir dalam Mesyuarat LPU adalah Puan Azlinda binti Azman, Encik Md Taufiq bin Md Ralip, Lt Kol Prof. Dr. Victor Feizal bin Knight Victor Ernest @ Abd Shatar (Bersara), Dato’ Hj Md Pishal bin Ab Raub, Encik Mohamad Amir Shaqim bin Ahmad Shahriman, Brig Jen Idris bin A. Wahab TUDM, Komandan ALK dan barisan Pengurusan Tertinggi UPNM.