14 - 18 Ogos 2023 – Program Pembinaan Pasukan Pegawai Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berjaya dilaksanakan di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 14 hingga 18 Ogos 2023.

Program yang julung kali diadakan pada tahun 2023 adalah anjuran Pejabat Pendaftar UPNM bertujuan untuk membina semangat pasukan yang tinggi dan komited dalam menjayakan matlamat pasukan untuk meneraju organisasi kepada tahap pencapaian yang lebih tinggi.

 

 

.

 

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung termasuklah    perbincangan berkumpulan, riadah berkonsepkan outdoor, latihan jasmani dan kerohanian. Para peserta program ini bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan pengalaman malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kesepaduan dalam kalangan mereka.

Majlis pembukaan Program Team Building telah dirasmikan oleh YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Turut hadir adalah barisan kepimpinan Pengurusan Tertinggi UPNM.