29 Ogos 2023 – YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat YBhg Lt Jen Datuk Dr. Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

YBhg KP Perkhdimatan Kesihatan ATM sebelum itu telah diberi Kawalan Kuarter (Quarter Guard) dari anggota-anggota Akademik Latihan Ketenteraan (ALK) sebaik sahaja tiba di perkarangan Bangunan Canselori.

 

 

Dalam pertemuan di Bilik Singgahsana, kedua-dua pemimpin ketenteraan itu membincangkan isu-isu semasa termasuklah segmen pendidikan dan penyelidikan di samping memperkasakan lagi hubungan di antara ATM dan UPNM.