11 September 2023 - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat Brig Jen Abang Mohamad bin Abang Marzuki, Komander Rejimen 511 Askar Wataniah.
 
Setibanya di perkarangan Bangunan Canselori, Brig Jen Abang Mohamad bin Abang Marzuki telah diberi penghormatan kawalan kuarter (quarter guard) dari anggota-anggota Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
 
 
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu semasa dalam memperkasakan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak.