3 JULAI 2025 | MELAKA: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad meluangkan masa bersama tim jawatankuasa meninjau sendiri persiapan akhir di International Aero Training Academy (IATAC) menjelang pelancaran rasmi Program 2u1i: IATAC-UPNM Aviation Open Day 2025 yang bakal berlangsung pada 8 Julai 2025.
 
Lawatan ini bukan sekadar menyemak lokasi tetapi menjadi ruang kolaboratif antara UPNM dan IATAC dalam memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan berimpak khususnya dalam memperkukuh latihan industri yang selari dengan bidang tujahan pertahanan.
 
 

 
Program 2u1i ini merupakan antara inisiatif utama yang memdukung pelan strategik UPNM30 yang menekankan kesarjanaan, kebolehpasaran dan jalinan strategik dengan industri.