11 DISEMBER 2025 | UPNM: UPNM hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi dari Angkatan Tentera Persekutuan Rusia (ATPR) yang diketuai oleh Col Gen Vladimir Zarudnitsky, Chief of Military Academy of the General Staff. Lawatan ini membuka ruang pertukaran pandangan mengenai pembangunan kepakaran, penyelidikan strategik serta kerjasama akademik dalam bidang pertahanan, keselamatan dan PME.
 
 
 
Sesi libat urus turut membincangkan peluang kolaborasi dalam latihan, pertukaran kepakaran, penyelidikan bersama dan pembangunan modal insan pertahanan selari dengan aspirasi UPNM30 untuk memantapkan kedudukan UPNM sebagai rakan strategik antarabangsa dalam pendidikan ketenteraan moden.
 
UPNM komited meneruskan usaha diplomasi pertahanan dan kerjasama global bagi memperkukuh kesiapsiagaan ilmu, kepimpinan dan profesionalisme pertahanan negara.