20 APRIL 2026 | KUALA LUMPUR: UPNM memperkukuh peranannya sebagai universiti pertahanan negara melalui pertukaran dokumen melibatkan 14 kolaborasi strategik bersama rakan industri dan agensi sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC.
Kerjasama signifikan bersama pemain global seperti MBDA France, Airbus Helicopters dan MKE Turkiye mencerminkan penglibatan UPNM dalam pembangunan teknologi pertahanan bernilai tinggi, manakala kolaborasi dengan MINDEF melalui National Resilience Course serta Cradle Fund memperkukuh agenda kesiapsiagaan, inovasi dan pengkomersialan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Majlis ini disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali sekali gus menzahirkan komitmen bersepadu antara universiti, industri dan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pertahanan negara.
Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad berkata, kolaborasi ini memastikan penyelidikan dan kepakaran universiti diterjemahkan kepada keupayaan sebenar yang menyokong kesiapsiagaan dan kedaulatan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















