PROGRAM GEROBOK REZEKI DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Program yang diadakan pada setiap bulan ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dalam menyalurkan bantuan keperluan pelajar UPNM. Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,800 pelajar UPNM yang memerlukan.

 

                                              

                                              

 

PUSAT PENGURUSAN WAKAF TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPNM

Pusat Pengurusan Wakaf menerima kunjungan hormat dari Majlis Perwakilan Pelajar UPNM (MPP UPNM) bagi sesi 2024/2025. Kunjungan hormat ini dilakukan sebagai mengeratkan lagi silaturrahim dan juga saling bertukar idea dalam memperkasakan lagi jalinan dalam memberi bantuan kepada pelajar UPNM.