PUSAT PENGURUSAN WAKAF TERIMA KUNJUNGAN DARI UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)

Pusat Pengurusan Wakaf telah menerima kunjungan hormat dari pihak Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bagi mesyuarat perbincangan penganjuran seminar antarabangsa wakaf, zakat dan filantropi 2025. Penganjuran seminar ini merupakan julung kali kolaborasi Pusat Pengurusan Wakaf bersama Universiti Islam Melaka (UNIMEL).