Sebagai sebuah pusat akademik, PB dalam perancangan untuk menambah program akademik kepada bakal penuntut UPNM. Mulai Sesi Akademik 2014/2015, PB telah mula menawarkan program akademik pertamanya, Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) ZB03. PB juga menawarkan program jangka pendek kepada staf universiti dan pegawai tentera daripada Kementerian Pertahanan Malaysia.