PB menawarkan satu program akademik iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya). Program ini ditawarkan dalam enam semester lazim (3 tahun). UPNM mempunyai matlamat untuk melahirkan pegawai tentera dan pegawai dalam perkhidmatan awam dan swasta yang berijazah Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya yang memiliki sifat-sifat berikut,

1. Berkemampuan berkomunikasi dengan berkesan, memahami budaya dan masyarakat tempatan dan luar dan mempunyai kemahiran menganalisis masalah dan menyelesaikannya

2. Berkemampuan dalam aspek kemahiran antara budaya yang seterusnya berkomunikasi dengan masyarakat pelbagai budaya

3. Berkemampuan untuk menerima kepelbagaian budaya dan melihat kepelbagaian itu sebagai satu pengalaman yang menguntungkan

4. Berkemampuan diaturgerakkan ke mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan berkemampuan memberi perkhidmatan dalam suasana kritikal

5. Berkemampuan menghayati keperluan profesion ketenteraan dan mengambil bahagian aktif dalam menjaga keamanan komuniti tentera, veteran dan awam

6. Berketrampilan peribadi yang tinggi serta berfikiran luas dan berpandangan global

7. Mempunyai kompetensi dalam bidang Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya), ketenteraan dan sebagainya

8. Mempunyai semangat patriotisma, daya tahan dan etika ketenteraan yang tinggi