7 JANUARI 2026 | UPNM: Bagi sebahagian pelajar, kelangsungan pengajian bukan sekadar soal akademik, tetapi juga keupayaan memenuhi keperluan asas pembelajaran dan kehidupan seharian. Atas kesedaran itu, UPNM hari ini menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar berkeperluan sebagai usaha meringankan beban dan memastikan mereka terus fokus kepada pengajian.
Bantuan pendidikan tersebut melibatkan penyerahan empat (4) unit komputer riba, selain Dermasiswa berjumlah RM1,000 kepada 20 orang pelajar bagi menyokong keperluan akademik serta kelangsungan pengajian mereka. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dalam satu majlis yang diadakan di peringkat universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada warga kampus UPNM melibatkan 200 penerima merangkumi 150 pelajar dan 50 orang staf berkeperluan. Sumbangan bakul makanan berkenaan merangkumi barangan keperluan asas harian seperti makanan kering, barangan penjagaan diri dan keperluan isi rumah bagi membantu meringankan beban penerima yang memerlukan.
Pelaksanaan bantuan pendidikan dan sumbangan kebajikan ini selari dengan aspirasi UPNM30 yang menekankan pembinaan ekosistem universiti berteraskan kesejahteraan, kebajikan dan pembangunan insan secara menyeluruh, selaras dengan peranan universiti dan agensi kerajaan dalam menyokong komuniti pendidikan tinggi.












