22 JANUARI 2026 | UPNM: UPNM menerima lawatan rasmi YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bagi meninjau pelaksanaan Projek Baharu di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) Tahun 2026.
 
Delegasi KPT disambut oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti, mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh infrastruktur strategik, kapasiti penyelidikan dan ekosistem inovasi pertahanan negara.
 


 
Sepanjang lawatan, delegasi meninjau beberapa kemudahan utama termasuk Makmal Klinikal Bioartificial Organ, Fakulti Perubatan Kesihatan dan Pertahanan, Pusat Pentropikalan serta Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim.
 
Lawatan ini menandakan kesiapsiagaan UPNM untuk melangkah ke fasa pembangunan seterusnya dalam menyokong agenda pendidikan, penyelidikan dan inovasi pertahanan negara, selari aspirasi UPNM30: Memacu Kesarjanaan, Kepimpinan Masa Hadapan.