27 MEI 2025 | UPNM: YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM hari ini telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke FPPP, salah satu fakulti teras yang memainkan peranan penting sejak awal penubuhan UPNM. Beliau disambut oleh Lt Kol Prof. Madya Ariffin bin Ismail (Bersara), Dekan FPPP bersama barisan kepimpinan tertinggi fakulti.
 
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam merealisasikan aspirasi strategik #UPNM30, khususnya dalam memperkukuh nilai kesarjanaan dan keberkesanan pelaksanaan strategik.
 
Antara pengisian utama:
- Pembentangan peranan dan fungsi FPPP.
- ⁠Perbincangan isu semasa dalam pendidikan tinggi.
- ⁠Isu autonomi dan penjanaan pendapatan.
- ⁠Keperluan program akademik yang relevan kepada MINDEF dan ATM iaitu pemegang taruh utama.
- ⁠Keterlihatan staf akademik berdasarkan bidang kepakaran.
 
 
 
 
Lawatan ini diakhiri dengan sesi Townhall Naib Canselor bersama warga FPPP. Sesi Townhall yang berlangsung menzahirkan komitmen kepimpinan universiti dalam mendengar suara akar umbi serta memperkukuh hubungan antara pengurusan dan warga fakulti.
 
Turut hadir di dalam sesi lawatan adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan juga Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan.