15 Februari 2022 (Selasa) - Penulis buku Motivasi Bonda Nor dan Institut Sosial Malaysia (ISM) bekerjasama dalam usaha menerbitkan naskhah Inspirasi Wanita dan Wanita Bangkit sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2022 ini. Sehubungan itu, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), YBhg. Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin telah dijemput untuk diadakan satu sesi temubual eksklusif secara dalam talian untuk berkongsi pengalaman beliau menerajui Kementerian sbg Ketua Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan kini sebagai Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Sesi temubual ini akan dimuat dalam sebuah buku motivasi wanita yang akan diterbitkan oleh ISM.