Pada 15 Dis 2022, delegasi dari Syarikat Leonardo Italy telah melakukan lawatan kerja ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk melihat peluang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pembangunan “National Centre Of Excellence For The Integrating Of Aircraft Avionic Systems”. Ini adalah susulan persetujuan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai di antara Syarikat Leonardo dan UPNM.

 

 

Perbincangan dua hala ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Cancelor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK). Skop kerja yang dirancangkan adalah pembangunan sumber manusia menerusi pemindahan teknologi dalam 2 disiplin utama iaitu Electrical Design dan Installation System Design. Pelaksanaan kedua-dua program adalah melalui tumpangan staf UPNM di premis syarikat Leonardo bagi tempoh 9 bulan.  Kerjasama ini merupakan langkah terbaik bagi mewujudkan win-win situation bagi kedua-dua pihak.

Delegasi lawatan kerja ini diketuai oleh Leonardo Are Valeriongiuseppe Sapia dan diiringi oleh Roberto Fois, Paolo Mensitieri and Kimberly Nina Rajaretnam.