Pada 1 Mac 2023 (Rabu) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan mesyuarat Kerjasama Strategik antara UPNM dan Science & Technology Research Institute for Defence (STRIDE).

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh YBhg Dato’  Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan YBhg Dato' Aminudin bin Yahya, Ketua Pengarah STRIDE bertujuan membincangkan isu-isu perkembangan MoU sedia ada dan perkara baharu

  1. Penawaran biasiswa di Eurecom bagi program Masters Cyber Security.
  2. Perkembangan program berkaitan Offset.
  3. Pelaksanaan program pendidikan dan penyelidikan.
  4. Kursus jangka pendek.

Turut hadir dalam mesyuarat termasuklah Prof Ts Dr Azizi bin Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Mej Jen Dato' Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan JIPK, serta pegawai-pegawai dari Pejabat Korporat UPNM dan STRIDE.

 

  Koko303