22 MEI 2025 | LANGKAWI: YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM hari ini melawat booth UPNM di MIEC dan Resorts World Langkawi. Beliau menzahirkan penghargaan kepada barisan penyelidik yang telah menerajui pembangunan teknologi strategik seperti TactiDrone, MAFMS, HWIG-RCWS dan ECOTAPIS.
 
 
Ini mencerminkan keupayaan akademik yang bukan hanya mencipta ilmu, tetapi juga menyumbang secara langsung kepada keperluan strategik negara.
 
UPNM30 meletakkan penyelidik sebagai salah satu pemacu utama kesarjanaan dan kecemerlangan pertahanan.