4 SEPTEMBER 2025 | UPM: Seramai 178 Pegawai Kadet PALAPES UPNM bersiap siaga menuju Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES UA ke-43 pada 13 September ini.
 
Menjelang detik itu, mereka menerima suntikan semangat melalui Syarahan Eksekutif oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, yang mengingatkan bahawa anak muda inilah benteng kedaulatan negara di tengah cabaran keselamatan semasa untuk Angkatan Masa Hadapan (AMH).
 
 

 
Hadir sama kepimpinan tertinggi ATM, MINDEF, universiti awam serta Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, menyaksikan sendiri tekad mereka yang bukan sekadar pelajar, tetapi Leaders of Character iaitu berani, berdisiplin dan patriotik.
 
Pada 13 September nanti, 178 jiwa ini akan melangkah dengan seragam penuh kebanggaan, membawa nama UPNM dan Malaysia di dada, dengan jiwa yang teguh pada agama, bangsa dan tanah air.