14 Mei 2024 - HIMA 2024 bertemakan Inovasi Pemangkin Kegemilangan menyaksikan seramai 182 warga UPNM diraikan pagi tadi. Seramai 87 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 31 orang penerima Anugerah Akademik Cemerlang (AAC), 51 orang penerima Anugerah Hari Inovasi (AHI) dan 5 buah FPJB berjaya memperoleh 5 bintang dalam Penarafan Bintang Pengurusan Kualiti (QMSR) Tahun 2023. Bagi menghargai staf yang telah bersara, seramai 8 orang bekas staf telah hadir bagi menerima Sijil Penghargaan Jasamu Dikenang. Pihak Universiti turut mengambil peluang menyerahkan sumbangan kepada waris staf yang telah meninggal dunia.  
 
Pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Kualiti Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dimenangi oleh Encik Mohd Hairay bin Md Yusof, Bendahari. Manakala Anugerah Tokoh Akademik Universiti dimenangi oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Pusat Asasi Pertahanan telah diumumkan sebagai penerima utama QSMR 2023 yang julung kali diperkenalkan dengan markah tertinggi sebanyak 99%.


YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti telah hadir bagi merasmikan HIMA 2024. Turut hadir YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor, ahli-ahli LPU dan pengurusan tertinggi serta barisan pengurusan Universiti.
 
UPNM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini memberi inspirasi untuk lebih berjaya di masa akan datang demi UPNM.