11 JULAI 2025 | UPNM: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama Pendaftar, Puan Fazielah binti Mohamad telah mengadakan sesi perbincangan dan taklimat perkembangan semasa universiti bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim di pejabat beliau di Weststar, hari ini.
 
Dari hala tuju strategik, akademik, penyelidikan, pengurusan sumber hingga kebajikan warga UPNM, semua dikupas dengan tumpuan kepada fakta dan keutamaan semasa.
 
 
 
Di sebalik operasi harian, inilah sesi penting yang memastikan UPNM terus kekal relevan, progresif dan bersedia menghadapi cabaran mendatang seiring dengan aspirasi UPNM30.
Kerana universiti yang kuat, bermula dengan kepimpinan yang sentiasa berhubung dan saling memperkukuh.
 
Terima kasih kepada YBhg. Tan Sri atas komitmen dan perhatian berterusan dalam memastikan UPNM kekal di landasan yang kukuh sebagai universiti pertahanan premier negara.