7 Mei 2024 - Program Pocket Talk: Women In Peace And Security yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam ucapan beliau seminar seperti ini, memberi peluang bagi berkongsi maklumat dan pelajari lebih lanjut tentang peranan wanita dalam mempromosikan keamanan dan keselamatan.

Program Pocket Talk yang dianjurkan kali kedua ini telah mengumpulkan penceramah-penceramah yang pakar dalam agenda pemerkasaan wanita bagi membincangkan trend dan isu-isu terkini serta cabaran khususnya dalam bidang Women, Peace and Security (WPS) dibawah tema “Roles of Women in Resilient Nations for The Next Generation”.

Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha bagi membantu menyumbang kepada pembangunan Malaysia National Action Plan (NAP) for WPS.

Turut hadir YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Tertinggi Universiti.

YBhg. Dato' Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Pengerusi jawatankuasa program telah mengajak para hadirin untuk berusaha dalam meningkatkan pemerkasaan wanita di Malaysia dengan menyampaikan ilmu dan latihan berterusan kepada wanita, seterusnya meningkatkan keamanan dan keselamatan wanita di negara ini dalam ucapan penutup beliau.