5 NOVEMBER 2025 | PUTRAJAYA: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim, menghadiri Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi (AKRI) 2025, disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir di Hotel Everly, malam tadi.
 
AKRI menghargai inovasi dalam reka bentuk kurikulum, pengajaran dan penilaian, manifestasi keazaman KPT memperkukuh sistem pendidikan tinggi kreatif dan berkualiti.
 

 
Kehadiran kepimpinan UPNM mencerminkan sokongan terhadap agenda transformasi pendidikan tinggi seiring aspirasi UPNM30 untuk memacu kecemerlangan ilmu dan kepimpinan masa hadapan.