11 JUN 2025 | UPNM: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima kunjungan rasmi delegasi National Defense Academy (NDA), Jepun yang diketuai oleh Presiden NDA, KUBO Fumiaki sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik dua hala dalam bidang akademik dan ketenteraan.
 
Lawatan ini turut merangkumi sesi lawatan ke fasiliti Simulator Kapal di Pusat Maritim UPNM, mencerminkan keupayaan latihan simulasi maritim UPNM yang moden dan relevan dengan keperluan latihan pertahanan semasa dan akan datang.
 
 
 
Inisiatif ini memperkukuh agenda UPNM30 dalam memacu kecemerlangan kesarjanaan dan membina pusat rujukan pertahanan bertaraf antarabangsa melalui jaringan kerjasama global yang berimpak tinggi.