7 NOVEMBER 2025 | PUTRAJAYA: Penutupan Festival of Ideas (FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi meninggalkan gema yang mendalam. Seruan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar universiti menjadi benteng kemanusiaan, bukan sekadar gedung ilmu.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
UPNM, diketuai oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, hadir bersama kepimpinan universiti lain mendengar titipan hikmah itu bahawa ilmu yang sejati mesti melahirkan keberanian, kematangan dan rasa cinta terhadap akar budaya sendiri.
Di tengah lautan idea dan wacana, warga UPNM terus membawa naratif pertahanan bangsa. Membina generasi yang berani berfikir, teguh nilai dan merdeka dalam fikiran.
FOI berakhir, tetapi ilhamnya kekal hidup kerana perjuangan ilmu tidak pernah tamat.
















