5 NOVEMBER 2025 | PUTRAJAYA: UPNM terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pertahanan berwawasan global apabila sembilan Memorandum Perjanjian (MoA) strategik dimeterai bersama rakan industri utama sempena FOI, disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
 
Sembilan rakan industri tersebut ialah Cendana Auto Sdn. Bhd., Synergy Generated Sdn. Bhd., Aerodyne Geospatial Sdn. Bhd. dan Envisioning Labs Inc., Dahan Tech Innovation Sdn. Bhd., Honey Plus Resources, Technovita Sdn. Bhd., Commteq (M) Sdn. Bhd., Turbo Pacific Sdn. Bhd., dan Ketech Asia Sdn. Bhd. yang mencakupi bidang pertahanan, tenaga boleh baharu, geospatial, bahan inovatif, agroteknologi, komunikasi maritim, AI dan pembuatan termaju.
 
 

 
Antara kerjasama utama yang menjadi tumpuan ialah dengan Synergy Generated Sdn. Bhd. bagi membangunkan sistem tenaga solar menyeluruh di kampus UPNM termasuk latihan industri, penyelidikan bersama dan projek penjanaan tenaga hijau jangka panjang. Sementara itu, MoA dengan Ketech Asia Sdn. Bhd. memacu inisiatif Nurturing a Green Future, pembangunan propelan hijau daripada sisa kelapa sawit, sebuah inovasi strategik bagi memperkukuh kebergantungan kendiri teknologi pertahanan negara.
 
Langkah ini melambangkan komitmen UPNM di bawah aspirasi UPNM30 untuk memperkukuh ekosistem penyelidikan dan mempercepatkan pemindahan teknologi tempatan ke arah daya tahan nasional yang lestari dan berinovasi.