30 MEI 2025 | UPNM: Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) menerima kunjungan rasmi YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dalam sesi lawatan kerja yang memberi fokus kepada tadbir urus fakulti, hala tuju strategik dan impak sains serta teknologi pertahanan dalam pembangunan universiti.
Taklimat khas oleh Dekan FSTP menampilkan pencapaian, peranan serta komitmen fakulti dalam menjayakan agenda UPNM sebagai hab rujukan penyelidikan dan inovasi berteraskan teknologi pertahanan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan ini turut menyemarakkan semangat pelaksanaan #UPNM30 khususnya dalam mendukung teras pembangunan modal insan berteknologi tinggi dan memperkukuh kepimpinan akademik masa hadapan.
Sesi townhall yang berlangsung dalam suasana mesra dan terbuka memberikan ruang langsung kepada warga fakulti menyuarakan aspirasi, cabaran serta cadangan membina terus kepada pihak pengurusan universiti. Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi universiti.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |