PB sedang giat meluaskan jaringan kerjasama dengan universiti dan institusi luar dan dalam negara. Pada masa ini, PB dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) telah mempunyai hubungan kerjasama yang sangat baik bersama dua negara, Perancis dan China. Melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani, kerajaan Perancis melalui Kedutaan Perancis Kuala Lumpur menghantar dua Guru Bahasa Perancis bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di Universiti. Kerajaan China juga melalui Beijing Foreign Studies Universiti dan Institut Kong Zhi telah menyediakan dua orang Guru Bahasa Mandarin bagi mengajar kelas Bahasa Mandarin di Universiti. Dalam tahun 2015, Pusat Bahasa telah bekerjasama dengan Pusat Islam serta UPNM untuk mengadakan program bersama-sama masyarakat di Kambodia.

 

 Lawatan UPNM ke Beijing Foreign Studies University pada 22-27 Mei 2011

 

 

 Majlis Penyampaian Sijil Kursus Intensif Bahasa Perancis bagi Pegawai Angkatan Tentera Malaysia Siri 2011 pada 21 Disember 2011. Kursus ini adalah dengan kerjasama Kedutaan Perancis Kuala Lumpur. Kursus sepenuh masa ini bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Disember

 

 

Seminar Kepelbagaian Budaya dalam Operasi Pengaman - 22-27 Feb 2015. Pusat Bahasa terlibat dalam perundingan dan pembangunan modul program yang ditawarkan di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson

 

 

 Program Bahasa Perancis bagi Pegawai Angkatan Tentera Malaysia Jan-November 2014

 

 Lawatan UPNM ke Beijing Foreign Studies University dan Universiti Pertahanan Nasional China pada 19-24 April 2015

 

 

 Program Mobilisasi Pelajar ke Kambodia dari 6-21 November 2015 melibatkan dua orang staf Pusat Bahasa sebagai pegawai pengiring

 

 

 Majlis Penyampaian Sijil Kursus Intensif Bahasa Perancis bagi Pegawai Angkatan Tentera Malaysia Siri 2015 pada 27 November 2015. Kursus ini adalah dengan kerjasama Kedutaan Perancis Kuala Lumpur. Kursus sepenuh masa ini bermula pada bulan April dan berakhir pada bulan November

 

 

 Lawatan Kerja UPNM serta IPT yang menggunakan Institut Kong Zhi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin ke Beijing Foreign Studies University dan Kedutaan Malaysia di Beijing pada 12-16 Disember 2015