Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB) adalah antara pusat akademik termuda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Universiti Pertahanan juga merupakan universiti awam termuda di Malaysia. Penubuhan PPUB dimulai dengan lantikan Pengarah Pusat pada tanggal 1 Mei 2008 dan seterusnya diikuti dengan pertukaran staf akademik yang mengajar kursus bahasa dari Pusat Asasi Pertahanan dan kursus umum dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan pada 1 Julai 2008. Staf pengurusan dan sokongan pula mula melapur diri ke PPUB pada 10 Julai 2008.

PPUB mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk beroperasi secara rasmi pada bulan November 2008. Hal ini membolehkan PPUB maju selangkah ke hadapan dengan adanya peruntukan bajet mengurus dari Jabatan Bendahari UPNM. Dengan peruntukan yang diberikan, PPUB telah memohon untuk sebuah Pejabat Pentadbiran yang terletak di Aras 2, Bangunan Bestari. 

Kini PPUB dikenali sebagai Pusat Bahasa (PB) mulai 1 Jun 2012. Memandangkan perkembangan yang pesat daripada aspek pertambahan staf dan pelajar, Pejabat Pentadbiran PB telah dipindahkan ke Aras 11, Bangunan Bestari dalam tahun 2018.

Pejabat Pentadbiran PB, Aras 2 (2008-2018)

 

Pejabat Pentadbiran PB, Aras 11 (2018 sehingga kini)

  kokototo