3 APRIL 2026 | UPNM: UPNM menyerahkan Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan kepada empat pelajar bagi Program Sarjana Muda Penerbangan 2u1i (Dwi Kelayakan) di bawah Fakulti Kejuruteraan (FKJ), hasil kerjasama strategik bersama International Aero Training Academy (IATAC).
 

 
Penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, sebagai sebahagian usaha universiti dalam memperluas akses kepada bidang strategik berimpak tinggi. Melalui inisiatif ini, pelajar bukan sahaja mengikuti pengajian akademik, tetapi turut didedahkan kepada laluan profesional dalam industri penerbangan,
membuka ruang daripada bilik kuliah ke dunia sebenar.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada Projek Khas UPNM30 seliaan Penolong Naib Canselor Kanan (Pembangunan Strategi) yang memberi fokus kepada pembangunan bakat masa hadapan dalam sektor strategik negara. Langkah ini mungkin bermula dengan empat pelajar, tetapi membawa arah kepada masa depan yang lebih luas.