22 JANUARI 2026 | UPNM: Semalam, di hadapan Naib Canselor UPNM, surat kenaikan pangkat disampaikan bukan sekadar sebagai dokumen rasmi tetapi sebagai pengiktirafan terhadap sebuah perjalanan panjang penuh disiplin, pengorbanan dan kesetiaan kepada dunia ilmu.
 
Disampaikan oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, UPNM meraikan empat orang pensyarah yang dinaikkan ke jawatan Profesor (VK7) bukan kerana gelaran, tetapi kerana sumbangan mereka membina generasi pemimpin pertahanan masa hadapan negara.
 
Inilah wajah kesarjanaan UPNM.
 
Inilah budaya merit yang kita pertahankan.
 
Dan inilah makna sebenar kecemerlangan akademik.
 
Setinggi-tinggi tahniah kepada:
• Prof. Dr. Wan Hasniah binti Wan Husin (FPPP)
• Prof. Ir. Dr. Mohd Rosdzimin bin Abd Rahman (FKJ)
• Prof. Dr. Muhamad Faiz bin Md Din (FKJ)
• Prof. Ts. Dr. Noor Afiza binti Mat Razali (FSTP)
 
Di UPNM, setiap pencapaian ilmu adalah sebahagian daripada amanah kepada negara.
 
Dan hari ini, amanah itu diserahkan oleh kepimpinan universiti kepada mereka yang paling layak.
 
Selari aspirasi UPNM30, memacu kesarjanaan, membentuk kepimpinan masa hadapan.