8 NOVEMBER 2025 | KUALA LUMPUR: Dari kampus ke pentas antarabangsa, UPNM terus memperkukuh jejak global apabila dijemput menghadiri 250th Marine Corps Birthday Ball anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, malam ini.
 


 
Di sebalik majlis penuh istiadat ketenteraan itu, terserlah nilai pendidikan tinggi pertahanan; disiplin, maruah dan kepimpinan yang menjadi bahasa sejagat antara dua institusi pertahanan dunia.
Kehadiran UPNM bukan sekadar simbol persahabatan, tetapi bukti peranan universiti ini dalam memperkukuh diplomasi pertahanan dan memperluas jaringan akademik antarabangsa.
 
Inilah UPNM30. Menjulang pendidikan tinggi pertahanan Malaysia ke persada global.