Tarikh: 15-17 November 2021 

Lokasi: Pusat Marin, UPNM

Buat julung kalinya setelah kerajaan mengumumkan kebenaran untuk mengadakan bengkel secara fizikal dengan pematuhan SOP, Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Integriti & Antirasuah UPNM (PINTAR UPNM). Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membangunkan pelan integriti selaras dengan kerangka OACP yang disediakan oleh pihak SPRM. 

Fasilatator jemputan, Puan Halimah Md Shariff yang merupakan pesara SPRM dijemput untuk membantu jawatankuasa dalam membangunkan pelan ini. Di akhir sesi bengkel ini, setiap kumpulan telah membentangkan hasil dapatan iaitu terdapat 4 bidang keutamaan. Dalam sesi pembentangan ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah bersama pengurusan tertinggi yang lain. Deraf pelan ini akan dimurnikan lagi sebelum dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) untuk diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti untuk diluluskan.