12 Mac 2026 | UPNM: Warga universiti berhimpun dalam Sesi Town Hall Teras Strategik: Pusat Kecemerlangan, yang memperincikan hala tuju pembangunan kepakaran universiti bagi memacu Pusat Kecemerlangan yang berfokus pertahanan dan keselamatan serta Pusat Kecemerlangan Sukan.
Sesi ini dipimpin oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, bersama Prof. Dr. Aidy bin Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Ketua Teras Strategik Pusat Kecemerlangan.


![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Perbincangan ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh peranan pusat kecemerlangan sebagai pemangkin kepada pembangunan penyelidikan, kepakaran serta jaringan strategik universiti.
Di UPNM, kecemerlangan dibina melalui ilmu yang diperkasa, kepakaran yang dipupuk serta komitmen seluruh warga universiti. Inilah asas yang menggerakkan aspirasi UPNM30.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















