27 MEI 2025 | KUALA LUMPUR: UPNM terus ke hadapan sebagai peneraju teknologi akademik dengan penganjuran bengkel “AI in Scholarly Writing: Tools, Techniques & Ethics” sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di World Trade Centre (WTC) KL.
Lebih 100 peserta dari pelbagai latar belakang hadir untuk meneroka potensi AI dalam penulisan dan penerbitan ilmiah.
Dirasmikan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, program ini menegaskan komitmen UPNM untuk memperkukuh ekosistem kesarjanaan berteraskan teknologi. Bengkel ini menekankan AI sebagai game-changer dalam mempertingkat kualiti serta kecekapan penyelidikan dan penulisan akademik.
Ucaptama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Maszlee Malik, Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia menyerlahkan potensi AI bukan sekadar alat, tetapi pemacu transformasi akademik yang perlu diterajui dengan etika dan integriti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program anjuran UPNM bersama Jawatankuasa Pemasaran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi, penerbit dan industri teknologi.
PBAKL 2025 yang berlangsung dari 23 Mei hingga 1 Jun menampilkan lebih 500 program termasuk pelancaran buku, diskusi ilmiah dan bengkel berimpak tinggi menjadi platform komersial terbesar dalam dunia perbukuan dan penerbitan di Malaysia dan rantau ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |