31 JANUARI 2026 | PUTRAJAYA: Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier) mencatat sambutan luar biasa, sekali gus membuka tirai siri jelajah nasional JMU 2026. Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UPNM ini dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, pada petang tadi.
Sepanjang empat hari penganjuran, sebanyak 62 reruai melibatkan Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti serta Agensi Awam menyediakan ruang kepada pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang laluan pendidikan tinggi.
Kehadiran Menteri dan mesej yang dibawa memberi isyarat yang jelas negara tidak pernah menganggap anak-anak kita tidak pandai. Setiap anak mempunyai potensi tersendiri, yang perlu difahami, dibimbing dan diberi peluang mengikut laluan yang sesuai.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seiring itu, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Haji Ahmad mengingatkan bahawa pendidikan tinggi bukan sekadar destinasi, tetapi satu perjalanan yang menuntut keberanian untuk belajar, kebijaksanaan untuk menilai dan kesungguhan untuk membentuk diri.
Itulah peranan Jom Masuk Universiti sebagai ruang selamat untuk pelajar bertanya tanpa rasa takut dan untuk ibu bapa mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat keputusan besar tentang masa depan anak. Di sinilah dasar pendidikan diterjemahkan kepada realiti rakyat, tanpa kekeliruan dan tanpa andaian.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















