24 April 2024 - DSS 2024 ialah acara dwitahunan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UPNM yang menyediakan platform untuk penyelidik membentangkan dan mempamerkan hasil penyelidikan mereka. Ia juga bertujuan untuk mempamerkan penyelidikan inovasi, produk dan perkhidmatan daripada beberapa institusi pengajian.

Penganjuran DSS 2024 adalah penting untuk memberi peluang kepada para penyelidik dan pelajar untuk mempamerkan kerja penyelidikan mereka dan juga memberi pendedahan dan inspirasi penyelidik muda mengenai aktiviti penyelidikan untuk idea penyelidikan yang baharu. Selain itu, DSS 2024 juga boleh menjadi platform untuk membina rangkaian dan potensi kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi.
 
 
 
Dengan tema “Human- Centered Discovery and Innovation” DSS 2024 akan menunjukkan pelbagai teknologi, ciptaan dan inovasi di luar jangkaan untuk manfaat manusia di peringkat tempatan dan global terutamanya dalam aspek keselamatan dan pertahanan.
 
Tahun ini, DSS 2024 telah menerima sebanyak 142 penyertaan yang terdiri daripada universiti awam dan universiti swasta, dan sekolah-sekolah.